Kami Menetapkan Standard. Bukan Menjual Rasa Malu.
Market hari ini dipenuhi dengan taktik murahan. lautan botol merah jambu dan naratif yang direka untuk mengeksploitasi emosi wanita. Kami menolak manipulasi ini sepenuhnya.
Tubuh anda bukanlah satu masalah yang perlu disembunyikan. SHE-PAP dibina atas paksi sains, logik, dan integriti. Tiada drama, tiada gimik. Hanya formulasi gred premium yang dioptimumkan untuk keseimbangan dan keselesaan mutlak.
Realiti 37 Tahun.
Tiga tahun lalu, rutin biasa saya bertukar menjadi sesuatu yang asing.
Major stroke.
Separuh badan lumpuh.
Dua belas bulan saya bedridden sepenuhnya. Setiap rutin peribadi yang dahulunya automatik kini memerlukan bantuan orang lain. Bunyi mesin dan siling bilik menjadi pemandangan harian saya.
Di tahap kerentanan fizikal paling bawah itu, saya belajar satu perkara yang sangat mahal.
Nilai sebuah maruah. Dan nilai autonomi ke atas tubuh sendiri.
Logik Sebelah Tangan.
Apabila anda hanya ada satu tangan yang berfungsi, anda mula nampak kecacatan pada rekaan botol kosmetik di pasaran.
Gel dan cecair tidak berbuih sendiri. Ia perlu digosok antara dua belah tapak tangan dahulu. Langkah itu sahaja sudah menutup pilihan untuk sesiapa yang hanya ada sebelah tangan.
Foam pump keluarkan buih yang sudah siap. Tiada langkah gosok. Terus pakai.
Tiga langkah itu mustahil untuk keadaan fizikal saya ketika itu
Hampir setiap feminine wash di pasaran menggunakan flip cap. Buka penutup. Tuang gel ke tapak tangan. Gosok dua belah tangan sehingga berbuih. Tutup semula. Empat langkah, dan satu daripadanya memang mustahil dengan sebelah tangan.
Sebab itu SHE-PAP menggunakan foam pump. Buih keluar siap sedia terus dari botol. Langkah gosok itu hilang sepenuhnya, dan bersamanya, keperluan untuk tangan kedua.
Itu bukan keputusan rekaan. Itu keperluan peribadi saya, sebelum ia menjadi spesifikasi produk.
Kemudian saya sedar rekaan ini bukan untuk saya seorang.
Ibu yang baru bersalin, sebelah tangan memegang bayi. Wanita yang sedang pulih daripada pembedahan. Sesiapa sahaja yang perlukan rutin yang tidak memerlukan dua tangan dan tiga langkah.
Kami tidak merekanya sebagai ciri tambahan. Ia memang begitu dari hari pertama.
Syarikat ini tidak dibina atas simpati. Ia dibina atas dua tujuan yang sangat konkrit.
Membina Semula Ekonomi Keluarga.
Ia kenderaan saya untuk kembali berdiri atas kaki sendiri. Tanpa alasan.
Memadam Pemasaran Rasa Malu.
Penjagaan intim adalah self care asas. Ia bukan topik memalukan, dan industri ini perlu berhenti melayannya begitu.
Dan produk ini, tugasnya hanya satu. Membersih secara lembut pada nilai asid yang tepat. Tanpa drama, tanpa janji perubatan.
Intimate Care Is Self-Care.
Ini satu keputusan perniagaan, bukan sekadar gaya penulisan.
Sebaik sahaja anda meletakkan penjagaan intim dalam kategori penyakit, anda terpaksa bercakap tentang simptom. Sebaik sahaja anda bercakap tentang simptom, anda sudah melangkah masuk ke wilayah farmaseutikal. Dan anda sudah memperdaya pelanggan anda.
SHE-PAP ialah kosmetik. Tugasnya satu sahaja. Membersih secara lembut pada nilai asid yang tepat, setiap hari, tanpa drama.
Anda sanggup melabur untuk cleanser muka yang betul pH nya. Kenapa zon paling sensitif dibiarkan dicuci dengan sabun mandi biasa yang bersifat alkali?
Empat Prinsip Tanpa Kompromi.
Bebas Manipulasi Emosi
Tiada naratif murahan untuk menjatuhkan keyakinan wanita. Tubuh anda berfungsi dengan sempurna secara semula jadi; tugas SHE-PAP hanyalah mengoptimumkan keselesaan dan menyokong keseimbangan tersebut.
Integriti Klinikal & Fakta
Kami beroperasi berasaskan kebenaran biologi. Tiada janji kosong atau bahasa yang dimanipulasi. Formulasi kami direka khusus untuk penjagaan kebersihan premium dan sokongan mikrobiom—fakta kukuh, tanpa retorik.
Validasi, Bukan Gimik Visual
Kami menolak penggunaan sebarang ikon pengiktirafan sekadar untuk melariskan jualan. Setiap piawaian klinikal dan keselamatan SHE-PAP bersandarkan bukti fizikal dan protokol makmal yang ketat. Integriti adalah teras kami, bukan sekadar pelekat di botol.
Fokus Tunggal, Kesempurnaan Total
Daripada melancarkan deretan variasi produk separuh masak demi kelihatan gah, kami memusatkan 100% kepakaran dan dana R&D kami untuk menyempurnakan satu formulasi hero. Kami tidak mengejar kuantiti di pasaran; kami mencipta penanda aras yang mustahil ditandingi.
Formula Dikunci. Setiap Batch Disahkan.
Fasiliti Bertaraf GMP
Diformulasi dan dikilangkan di fasiliti berteknologi tinggi yang mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) sepenuhnya. Ketepatan mutlak, sifar kompromi dalam kebersihan dan kualiti.
Certificate of Analysis Setiap Batch
Setiap fasa pengeluaran disertakan dengan Certificate of Analysis (CoA) rasmi. Metrik keseimbangan pH diaudit, diuji, dan direkodkan dengan ketepatan klinikal sebelum dilepaskan ke pasaran.
Senarai INCI Penuh Pada Botol
Kami membentangkan senarai ramuan (INCI) mengikut hierarki kepekatan sebenar terus pada botol. Tiada bahan aktif yang disembunyikan, tiada manipulasi label. Ketelusan mutlak.
Nombor Lot Dan Tarikh Luput
Setiap unit dilindungi dengan nombor siri lot dan tarikh luput yang dipautkan terus ke pangkalan data pengeluaran kami untuk jaminan keselamatan dan kebolehkesanan (traceability) 100%.
Notifikasi Kosmetik NPRA
Didaftar dan disahkan secara rasmi di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Memenuhi dan melangkaui penanda aras keselamatan pasaran dengan nombor notifikasi yang disahkan (NOT).
Di Mana Kami Berada Sekarang.
Kami paparkan status sebenar, termasuk yang belum siap. Jenama yang mendakwa semuanya sudah siap sebelum ia siap, biasanya tidak siap langsung.
Identiti Jenama Dikunci
Palet, tipografi, sistem pembungkusan dan pagar kepatuhan disatukan dalam satu dokumen dalaman.
Formulasi Dan Notifikasi
Mengunci formula bersama pengeluar, mengesahkan senarai INCI, memfailkan notifikasi kosmetik NPRA. Nombor dipaparkan sebaik ia dikeluarkan.
Batch Pengeluaran Pertama
Sengaja kecil. Kami mahu mengunci kualiti sebelum mengunci volume.
Pembukaan Shopee Dan TikTok Shop
Senarai awal mendapat akses 48 jam lebih awal berserta harga pelancaran.
Pensijilan Halal JAKIM
Proses audit sedang berjalan. Logo hanya muncul selepas sijil fizikal berada dalam tangan kami.
Rak Farmasi Dan Retail
Selepas platform online membuktikan repeat purchase. Bukan sebelum.
Batch Pertama Terhad. Kunci Akses Anda.
Masuk senarai awal. Anda mendapat akses 48 jam lebih awal berserta harga pelancaran untuk pesanan pertama.
Kunci Akses